PENGENALAN
PENGASAS
Syarikat perniagaan WN Putu Piring Warisan Nenek telah didaftarkan oleh Yusairi Hafiz Tajudin bagi meneruskan serta mengkomersialkan penghasilan kuih putu piring yang diwarisinya.
Berbekalkan modal permulaan perniagaan hanya RM3,000, pendapatan perniagaannya kini mencecah RM30,000 sebulan, dan mempunyai enam pembantu.
SYARIKAT
MEMEGANG status orang kelainan upaya (OKU) bukanlah satu hal yang mudah, namun, perkara tersebut tidak menjadi halangan untuk En. Yusairi mencipta kejayaan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
WN Putu Piring Warisan Nenek telah membuktikan mampu menjadi syarikat berdaya saing dan berjaya dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Liga Usahawan OKU Selangor anjuran Selangor Youth Community (SAY).
Usahawan OKU jual putu piring catat hasil RM30,000
PETALING JAYA – Perniagaan Putu Piring Warisan Nenek yang dijalankan orang kelainan upaya (OKU) dan kini membolehkan pengusahanya, Yusairi Hafiz Tajudin, 31, menjana pendapatan RM30,000 sebulan telah dinobatkan sebagai pemenang pertama Liga Usahawan OKU Selangor- Say Lead untuk peringkat pusingan akhir. >>
Peniaga putu piring juara Liga Usahawan OKU Selangor Edisi Ketiga
SHAH ALAM, 5 APRIL: Peniaga putu piring yang juga orang kelainan upaya (OKU) fizikal, Yusairi Hafiz Tajuddin dipilih sebagai juara Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) Edisi Ketiga minggu lalu. >>
Peniaga OKU putu piring jadi pilihan Raja Muda Selangor
KUALA LUMPUR – Perniagaan Putu Piring Warisan Nenek yang dijalankan orang kelainan upaya (OKU) memberi tuah kepada pengusahanya, Yusairi Hafiz Tajudin, 31, apabila terpilih memenangi tempat pertama Liga Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor (SAY LEAD) anjuran pertubuhan bukan kerajaan, Selangor Youth Community (SAY). >>
Four perform at final round of Selangor OKU Entrepreneurs League
KUALA LUMPUR: Four disabled participants recently performed in the final round of Selangor OKU Entrepreneurs League - Selangor Youth Community (SAY) LEAD (leaders, entrepreneurship, acceleration and development). >>
4 Usahawan OKU Dinobat SAY LEAD Dalam Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor
Empat usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) telah dipilih oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan juga para juri yang lain pada Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor – SAY LEAD yang diadakan di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya baru-baru ini. >>
OKU mampu bangkit jadi usahawan berjaya
MEMEGANG status orang kelainan upaya (OKU) bukanlah satu hal yang mudah kerana perlu berhadapan dengan stigma masyarakat yang meragui keupayaan mereka, malah tidak kurang juga ada bertindak biadab dengan mengejek atau dijadikan bahan jenaka. >>